Tuesday, 23 September 2014

Mengadu


Setahun lebih dah aku kerja dekat company aku yang sekarang ni dan ni adalah first job aku after graduate. tapi aku rasa macam dah sepuluh tahun aku kerja dekat sini. sangat membosan kan. sangat memeningkan kepala dan sangat menyakitkan otak aku.*picit-picitkepala.

Biasanya aku akan bertahan dengan keadaan kat ofis aku. tak kisah la menyakitkan seluruh badan aku pun. tapi start minggu ni aku tak mampu nak bertahan. mood aku habis semuanya hanyut kelaut. kerja aku yang bertimbun-timbun pun tak aku hirau kan. aku buat selembab siput walaupun aku perlu kejar dateline.

Company aku bukan la company yang berurusan hanya dalam Malaysia tapi berurusan jugak dengan company luar negara. Bos aku pun bukan orang Malaysia pun. Semuanya cina. bukan cina M'sia ye tetapi pure dari china dan hong kong. maka mereka jugak adalah macam king kong sangat. *pengsan. staf dekat company aku pun semua cina, dua tiga ketul je melayu. tapi dorang cina m'sia la. boleh la cakap melayu walaupun pelat. yang kerja dekat site pure dari china. habuk pun tak reti cakap melayu, eh tu tak pe lagi. ni cakap englisg pun tak reti wei, dah tu korang rasa macam nak communicate dengan dorang?

Sangat sakit hati oke. kalau nak suruh aku cerita dekat sini tak tentu esok pun habis entry aku ni.*malascerita. itu tak pe la, aku nak marah pun dorang bukan paham kan. yang aku betul-betul nak marah bos aku yang dekat ofis ni. reti cakap melayu oke. suka benar menjerit. ko mampu nak tahan,semua benda nak jerit. aku tak tahan, sekarang makin tak tahan ye dan tak boleh nak bertahan dah. *stress . 


Dah la, aku tak mampu nak cerita lagi. terlalu pahit untuk diluahkan.*hahahah. poyo sangat aku rasa. nak hantuk-hantuk kepala sendiri bila mengenangkan nasib aku. 

Bye !

Monday, 22 September 2014

Breast cancer

Pagi-pagi lagi aku dah dengar dekat radio dorang duk bincang pasal breast cancer. Hal ni sebenarnya pasal adik yang berusia enam tahun yang mengidap penyakit kanser payudara di kelantan, dan adik ini merupakan pesakit termuda dimalaysia dan jugak pesakit termuda didunia slepas pesakit berumur sepuluh tahun di Amerika Syarikat.

Sekarang ni kita harus sedar, penyakit yang datang tak kira usia muda ataupun tua. aku yang dengar pun gerun je, yelaa muda sangat ok adik ni. tapi nasib baik dia sedar dari awal. so cepat la rawatan yang diterima untuk mencegah kanser ni. kita semua tahukan penyakit kanser payudara ni merupakan pembunuh no satu bagi wanita di Malaysia.

Berdasarkan rekod HRPZ II, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan mengalami kanser. Antara pesakit yang paling ramai adalah pesakit kanser payudara, 593 pesakit diikuti kanser usus 262 pesakit dan kanser ovari seramai 183 pesakit, termasuk kanser tiroid, serviks dan leukemia.

Kadang-kadang kita tak sedar pun bila masa datangnya penyakit ni. Ada kalanya kita terlalu mengambil mudah bila penyakit datang menyerang. kita rasa sakit sikit tak apa lah, tapi sebenarnya dia sudah memberi amaran supaya kita peka dengan rasa sakit ni. Biasanya, demam adalah tanda awal untuk memberi tahu bahawa badan kita mempunyai masalah. jangan terlalu ambil mudah perkara sebegini.

Di sini saya share sedikit tanda-tanda awal penyakit kanser payudara. Antara tanda-tanda yang boleh dikesan ialah :

  • Perubahan rasa di payudara dan puting.
  • Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau dibawaj ketiak.
  • Puting payudara terperosok ke dalam.
  • Puting payudara terasa tegang dan sakit.
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting atau puting bersisik, merah atau bengkak.
  • Keluarnya darah dan cecair melalui puting.

Lepas ni, kita harus peka dengan keadaan tubuh badan kita sendiri. Jangan terlalu ambil mudah semua perkara. siapa lagi nak jaga tubuh badan kita selain diri kita sendiri kan. so sama-sama kita menjaga kesihatan badan dengan lebih baik.



welcome to my blog

Hi

Selamat datang ke blog eeeeeiqa.blogspot.com . Eh aku dah ada blog sendiri la.*senyumlebar. selama ni aku cuma terjah blog orang lain je. sekarang berani kan diri buat blog sendiri pulak. aku ni tak ada lah hebat bab-bab nak menulis, tapi sangat berminat nak ada blog sendri. kenapa? nak terkenal? *cubitmuluttunanti. ohh tidak sama sekali ye. aku create blog ni sebab nak kongsi cerita, tak kisah lah best ke tak best. yang penting penulisan mesti betul dan tidak buat orang marah.* hehe