Pagi-pagi lagi aku dah dengar dekat radio dorang duk bincang pasal breast cancer. Hal ni sebenarnya pasal adik yang berusia enam tahun yang mengidap penyakit kanser payudara di kelantan, dan adik ini merupakan pesakit termuda dimalaysia dan jugak pesakit termuda didunia slepas pesakit berumur sepuluh tahun di Amerika Syarikat.
Sekarang ni kita harus sedar, penyakit yang datang tak kira usia muda ataupun tua. aku yang dengar pun gerun je, yelaa muda sangat ok adik ni. tapi nasib baik dia sedar dari awal. so cepat la rawatan yang diterima untuk mencegah kanser ni. kita semua tahukan penyakit kanser payudara ni merupakan pembunuh no satu bagi wanita di Malaysia.
Berdasarkan rekod HRPZ II, terdapat 2,262 pesakit secara keseluruhan mengalami kanser. Antara pesakit yang paling ramai adalah pesakit kanser payudara, 593 pesakit diikuti kanser usus 262 pesakit dan kanser ovari seramai 183 pesakit, termasuk kanser tiroid, serviks dan leukemia.
Kadang-kadang kita tak sedar pun bila masa datangnya penyakit ni. Ada kalanya kita terlalu mengambil mudah bila penyakit datang menyerang. kita rasa sakit sikit tak apa lah, tapi sebenarnya dia sudah memberi amaran supaya kita peka dengan rasa sakit ni. Biasanya, demam adalah tanda awal untuk memberi tahu bahawa badan kita mempunyai masalah. jangan terlalu ambil mudah perkara sebegini.
Di sini saya share sedikit tanda-tanda awal penyakit kanser payudara. Antara tanda-tanda yang boleh dikesan ialah :
- Perubahan rasa di payudara dan puting.
- Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau dibawaj ketiak.
- Puting payudara terperosok ke dalam.
- Puting payudara terasa tegang dan sakit.
- Permukaan kulit payudara, sekeliling puting atau puting bersisik, merah atau bengkak.
- Keluarnya darah dan cecair melalui puting.
Lepas ni, kita harus peka dengan keadaan tubuh badan kita sendiri. Jangan terlalu ambil mudah semua perkara. siapa lagi nak jaga tubuh badan kita selain diri kita sendiri kan. so sama-sama kita menjaga kesihatan badan dengan lebih baik.
No comments:
Post a Comment